Sekitar Hari Tamat Peringkat Satu Gelanggang SSMP

Antara tetamu yang hadir.

Persembahan berlebat

Pada 18 hb April baru-baru ini PSSMP telah mengadakan majlis tutup gelanggang peringkat pertama di Kg Ulu Cheka. Seramai 16 pelajar telah menamatkan pembelajaran selama tiga bulan permainan tangan kosong silat Pendekar Rabu iaitu satu persilatan yang diwarisi dari pendekar Khatib Mat Noh. Majlis yang diadakan cukup meriah dengan persembahan silat dan pukulan gendang silat Pahang , majlis jamuan dan ucapan tetamu jemputan Ustaz Hamzah Jaafar seorang penceramah motivasi terkenal yang juga pemimpin politik terkenal. Majlis yang bermula pagi berakhir hingga tengahari.

Advertisements

Logo Persatuan Silat Seni Melayu Pahang

Silat Seni Melayu Pahang
Langkah Tari Silat Pusaka
Hatihati bertindak usah sumbang
Kelak padah badan binasa

Kegiatan

Awal tahun ini aktiviti pertama adalah penubuhan persatuan yang bergabung dengan PESAKA daerah Jerantut. Serentak dengan itu juga sebuah gelanggang silat telah dibuka. Kira-kira 20 ahli memulakan langkah pertama, latihan dijalankan hampir setiap malam.

Memasak minyak

Pasukan Gendang SSMP mengiringi Pendekar Ghapar (Sendeng) mengalunkan tiupan serunainya semasa persembahan di majlis perkahwinan anak Paklang Zahar di Jerantut