Monthly Archives: Oktober 2012

Mahmud

Adakah mammoth mengambil nama gajah yang terkesah dalam surah Al Fiil sebagaimana yang akan saya catatkan disini.Kisah ini saya ambil dari kitab tafsir Nur Ihsan karangan Al Ustaz Said ibnu Omar untuk sekadar maklumat kepada yang belum mengetahui.

Kisahnya.

Adalah Ashamah raja Habshah nenek raja An Najashi yang beriman dengan Rasullullah memerintahkan pembesarnya yang bernama Abrahah pemerintah Yaman mendapati orang ramai berduyun-duyun setiap musim haji pergi ke Mekah.Maka timbul hasad lalu dibina sebuah gereja dari batu putih,hitam,merah kuning dan ditatah akannya dengan emas dan perak dan permata yang diambil dari mahligai Balqis dan didirikan dalamnya beberapa banyak asnam drp emas perak dan diperbuat mimbar drp gading dan nampak dari eden kerana tingginya.Gereja ini dinakan Qalis dan segera ia memerintahkan orang ramai mengerjakan haji disitu.

Setelah itu segera dia mengutus kepada Raja Habshi bahawa telah dia bina untuk baginda sebuah sebuah gereja di San’a yang tidak pernah terbina sebelumnya dan tidak dia akan berhenti sehingga orang-orang Arab berpaling ke San’n untuk mengerjakan haji.

Maka berita itu terdengar oleh Malik bin Kananah seorang arab, lalu suatu malam ia masuk kedalam gereja itu berak dan melumur kiblatnya dengan tahi. Apabila diketahui oleh Abrahah akan kejadian itu maka berapi-rapi kemarahannya lalu bersumpah mahu meruntuhkan kaabah. Mengutus ia kepada raja Najash memberi khabar dan memohon hantar gajahnya yang besar sekali  yang bernama mahmud .Maka keluar berjalanlah Abrahah bersama 60 ribu tentera berserta 13 ekor gajah.

Maka terdengar oleh raja2 arab dan membesarkan pekerjaan meruntuhkan kaabah dan masing2 merasa wajib perang mempertahankannya. Keluarlah seorang raja dari Yaman bernama Zunafar memerangi Abrahah lalu kalah dan ditawan. Berjalan lagi Abrahah sampai negeri Khos’am lalu ditawan rajanya bernama Nufil bin Habib dan dijadikan penunjuk jalan ke Mekah.Berjalan Abrahah sampai di Taif maka datang kepadanya Masood bin Mughis berkata ia Ya tuan raja kami sekelian hamba tuan tiada bersalahan dgn kami apa kehendak tuan lalu ditunjukkan seorang bernama Abral. Maka diperintah seorang panglimanya merampas unta kambing dan hamba. Kemudian dia mengutus Khanatah Al Khamiri memberi khabar kepada Abdul Muttalib penjaga Kaabah bahawa kedatangannya bukan untuk berperang tapi cuma untuk meruntuhkan kaabah. Jawab Abu Muttalib tiada kuasa kami berperang mempertahankan Baitullah Alharam dan Baitul Ibrahim Alaihisalam. Maka keluarlah Abu Mutalaib bersama pengiringnya hendak berjumpa Abrahah.

Pertengahan jalan Abu Mutalib berjumpa Zunafar yang kena tawan Abrahah maka berkata Zunafar saya ini kena tawan tiada aman drp bunuh tetapi saya berpesan kepada Anis sais gajah sahabat saya beri pertolongan pada Abrahah maka panggil Zunafar kepada Anis berkhabar hal Abu Mutalib maka masuk Anis kepada Abrahah berkata Ya tuan raja ini penghulu Kurais dan raja Makah yang beri jamuan manusia dan binatang minta izin ia datang taat tiada menyalahi dan tiada perang. Maka adalah Abu Muttalib lelaki yang hebat maka izin baginya maka tahkala lihat akan dia Abrahah takzim akandia dan mulia akan dia tiada beri duduk dibawah kerusi dan benci akan dia lihat pembesarnya duduk atas kerusi samanya maka turun duduk dibawah bersama Abu Mutalib kemudian kata Abrahah melalui juru bahasanya ‘engkau tanya dia apa hajatnya maka kata Abu Mutalib ‘ hajat supaya beri balik 200 unta yang dirampas. Maka kata Abrahah ‘engkau mengaibkan akan aku ketika aku lihat engkau maka sekarang aku putus akan engkau maka kata Abu Mutalib sebab apa maka kata Abrahah aku datang hendak runtuh kaabah rumah agama kamu tapi engkau tidak berkata tentangnya sebaliknya tentang unta maka kata Abu Mutalib saya tuan unta dan baitul itu ada tuannya yang akan menghalang tuan meruntuhnya.Maka diperintah pulang unta2 tersebut dan ia balik ke Mekah memerintah penduduk Mekah berundur keluar kebukit-bukit berhampiran. Maka takala pagi2 lagi Abrahah ditempat bernama Margmas bersiap sedia hendak masuk Mekah dengan tenteranya dan gajahnya 12 ekor yang besar sekali nama Mahmud maka datang Naufil kepada gajah itu katanya ‘duduk Mahmud jangan bangkit engkau balik dengan baik engkau di tanah Al haram. Maka duduk Mahmud itu tiada mahu bangkit dengan beberapa dikosa pada kepalanya dan perutnya dan lambungnya jika dihadap pada Baitullah dan jika dihadap pada sebelah Yaman dan Syam dan Irak bangkit ia maka dalam demikian itu disurah Allah akan burung daripada sebelah laut melontar merekaitu dengan anak batu daripada neraka¬† besar sedikit drp kacang adas tersurat nama masing2 kena tembus tudung besi atas kepala orang dan kuda sampai kebumi maka mati sekelian manusia dan gajah jatuh rebah tersungkur diserata jalan melainkan gajah mahmud itu tiada kena dan raja Abrahah jadi pecah2 badannya dan luruh anak2 jarinya seruas2 dan luruh sendi tangan dan kaki keluar danur dan nanah dan darah tiada mati hingga pecah hancur hatinya dan dihantar balik ke Habshah dan siap memaklumkan hal itu kepada rajanya .

Advertisements

Orang-orang dulu

Gambar ini adalah semasa pembukaan gelanggang silat di kg Bukit daerah kuala Lipis pada tahun 1953.Guru silat adalah pendekar Ibrahim yang berasal dari kg Tg Besar.