PEMILIHAN PESILAT OLAHRAGA PESAKA JERANTUT

PESAKA Jerantut telah mengadakan pemilihan bagi mencari pesilat yang akan dihantar ke pemilihan peringkat negeri di Kuantan pada pertengahan julai nanti. Semua katogeri putera telah dipertandingkan kecuali katogeri puteri hanya melibatkan tiga kelas sahaja. Setiausaha PESAKA daerah dalam ucapan pembukaan menyatakan amat berbangga dengan kehadiran pesilat terutama dalam kelas A hingga F. Pesilat dalam kelas tersebut telah bersaing sengit untuk merebut tempat mewakili Jerantut nanti.

Bagaimanapun dalam ucapan penutupnya Setiausaha PESAKA Jerantut telah mengumumkan yang  beliau telah dimaklumkan oleh PESAKA negeri bahawa hanya kelas A dan G keatas sahaja akan dipertandingkan di Kuantan nanti. Kelas B,C,D,E dan F telah ditutup penyertaannya kerana tempat tersebut telah sedia diisi oleh pesilat dari kontigen SUKMA Pahang. Ini telah  menimbulkan rasa kesal dan kecewa ramai pesilat yang terlibat.

Tindakan PESAKA negeri yang menutup pintu kepada bakat-bakat baru mungkin mengundang beberapa spekulasi. Adalah dibimbangi tindakan ini boleh membunuh minat ramai atlet baru silat olahraga diperingkat daerah. Sepatutnya benarkan ramai pesilat bersaing supaya mereka mempamerkan kebolehan masing-masing.

Advertisements

8 responses to “PEMILIHAN PESILAT OLAHRAGA PESAKA JERANTUT

  1. Bape org weh waris kite kat ulu cheka terpilih? Syabas dan taniah..

  2. Salam seperjuangan,

    Tahniah dengan adanya blog pengkisaran seni tempur,
    kalau dahulu dimana kampung-kampung pasti ada gelanggang silat, malah bercambah dengan pelbagai jurusan seni pertahanan diri yang walaupun pelbagai perguruan tetapi semua bersatu jika mendesak, dan itulah pegangan ikrar sesama pejuang, walaupun berbeza gelanggang tetapi semua duduk atas satu nama menuntut perguruan

    saya mencadangkan agar blog ini diteruskan dengan lebih besar bukan sekadar gelanggang tetapi perkenalkan melayu dengan pesaka dan pusaka yang sepatutnya seorang melayu itu perlu tahu!

    Cuba kita fikirkan kembali? apakah seorang melayu itu sudah lengkap dengan adanya bin dan bersawa matang? sekecil pekara yang sekarang makin dilupai seperti mengenal KERIS itu pun semakin pudar dari syarat sebagai melayu itu makin terhakis!… melayu sekarang cuma mengenal keris kerana diselit di pinggang PENGANTIN , itu pun kerana dlm persandingan telah menjadi trend, cuma sekadar itu… adakah sudah cukup menjadi MELAYU sebenar… ??? tahukah mereka pelbagai Keris yang dikelaskan dan dinamakan seperti keris menantu, keris mentua, keris adat, keris amuk, keris tangan, keris meminang, keris panglima, keris tangan, keris picit dan lain-lain lagi. semakin lama nampaknya Melayu semakin melupakannya….

    Bukan sekadar nama malah sifat Keris juga kadang-kadang tidak lansung diketahui, malah seorang yang berjaya dalam menamatkan penchak perguruan tetapi lansung tidak mengenal sifat keris … apatah lagi senjata pendek yang lain, Tak ramai yang tahu sifat keris itu sendiri seperti mana aring nya, mana belalai gajahnya, mana tuntung, mana penokok, mana sapir, mana sibadan cicak, mana hulu dan banyak lagi rahsia persenjataan melayu yang hanya dibukukan oleh Mat saleh dalam kajian dan menjadikan mereka mendahului sebagai pendita atau lebih tepat lagi pakar persenjataan MELAYU itu sendiri, semua semakin dilupakan… malah apa lagi kalau kita fikirkan pula lebih jauh tentang pengunaan serta sifat keris itu yang bersebab diwujudkan, ia ada pelbagai rahsia kenapa diadakan…

    tahniah saudara! terima kasih kerana menziarahi blog saya insyallah saya juga bercadang utk mewujudkan sudut penceritaan dari segi senjata melayu terutama Keris jika di izinkan, cuma sekarang belum boleh termampu… insyallah

    Wassalamualikum…

    • salam.. terimakasih sdr Sekupangdua atas kesudian memberi komen dan tunjuk ajar. rupanye jerih juga untuk menghidupkan silat melalui persatuan banyak halangannya. namun alhamdullillah kami bergerak sekadar termampu.

  3. tahniah n teruskanlah usaha murni ini… keh boleh bg sokongan moral dari jauh jer…..

  4. Masrul buat apa situ..?

  5. dah ada ke pemuda jerantut yg pernah mewakili negeri sebelum nie? minta jasa baik dia latih budak jerantut…tentu dia punya rancangan yg baik!

  6. hemmm…takperlu tunggu utk SUKMA dan acara yg besar…latih dan hantar budak2 ke Terbuka negeri…..kena pengorbanan lebih sikit..insyallah ada yg berbakat tu nanti….ada tak buat kejohanan terbuka peringkat Daerah jerantut?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s