Senjata Fakir

Suatu masa dahulu seorang tua telah menghadiri kerja untuk majlis kahwin. Kebetulan semasa itu kerbau belum disembelih dan tuan rumah menjemput orang tua tersebut melakukan penyembelihan. Oleh kerana tiada persediaan parang ,orang tua itu meminta parang sembelih dari tuan rumah. Tuan rumah pula secara  seloroh menjawab ‘ sembelih dengan tangan je paktua ‘, kebetulan pula orang ramai disekeliling ketawa dengan seloroh tuan rumah. Terasa dia dipermain-main dengan selamba orang tua itu maju ke hadapan kerbau yang terbaring lantas mengesekkan tangannya keleher kerbau seolah-olah menyembelih dengan parang. Dengan takdir Allah S.n.w kerbau itu mengelupur lalu mati . Terpinga tuan rumah kerana tidak menyangka akibat gurauannya telah menyebabkan kerbau mati tanpa boleh dimakan.

Demikianlah diceritakan orang tentang kehebatan sejenis amalan sesetengah orang lama yang dinamakan senjata fakir. Dinamakan senjata fakir mungkin kerana pengamalnya seolah-olah tidak mampu memiliki senjata yang panjang seperti parang atau pedang justeru itu tangannya melalui amalan ilmu senjata fakir berfungsi seperti pedang yang menetak. Tetakan tangan senjata fakir menyebabkan urat-urat dibahagian yang kena terputus walaupun kulit kelihatan tidak luka . Begitu dahsyatnya tetakan senjata fakir yang dimiliki oleh pengamalnya.

Advertisements

4 responses to “Senjata Fakir

  1. Assalamualaikum
    izinkan sy bertanya ; adakah ayat senjata fakir ini boleh diketahui oleh semua? atau adakah ianya khusus utk orang2 tertentu shj?
    terima kasih

  2. waalaikumusalam
    biasanya mana2 guru memastikan muridnya seorang penyabar & bertanggungjawab kerana bimbang senjata itu disalahguna .

  3. Salam. Bageh ngat demeh dapat blajo mende2 gineh. tereh kan je lah mende2 yang bageh. keh nyokong ngat.

  4. Tuan2 yg terhormat. Sy salah seorang yg kerdil ‘mengamal’kan nya.
    Alangkah damainya kalau dapat bertemu dgn pengamal2 yg lain..boleh kita saling bertukar2 pandangan tentang ayat ‘senjata fakir’ ini.
    Pengamal2 lain sila hubungi sy di – eradopresak@ymail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s