SILAT CEKAK

Silat Seni Melayu Pahang adalah nama yang diberi pada silat yang diwarisi dari seorang guru silat bergelar Tok Chaon. Beliau telah mengajar ilmu silat sekitar tahun 1800 di Mukim tanjung besar. Silat tersebut kemudiannya dikembangkan pula oleh beberapa muridnya dan telah menjadi seni amalan ramai penduduk disekitar tempat tersebut. Salah seorang pembawa silat tersebut adalah allahyarham Awang Nong yang telah meneroka kg hulu cheka pada awal tahun 1900. Di kg hulu cheka inilah Allahyarham telah beberapa kali membuka gelanggang silat dengan bantuan beberapa pembantunya pada tahun 20’an hingga ketahun 60’an.

Menurut beberapa guru tua, Allahyarham telah menamakan silat tersebut silat cekak walau bagaimanapun nama tersebut tidak selalu disebut kerana adalah menjadi kebiasaan bagi penduduk disini nama silat sering disambungkan dengan nama guru yang mengendalikan gelanggang. Lagi pun pada ketika itu tidak ada pendaftaran pertubuhan silat maka nama silat cekak tersebut terus tenggelam  sehinggalah kehari ini.

Perkataan cekak  dalam makna tempatan sebagai menyanggup dengan yakin atau memegang sesuatu. Oleh itu dalam silat ini makna cekak itu adalah mencabar kesanggupan pengamalnya, yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam menempuh sebarang dugaan. Begitu tinggi maksud cekak itu sehingga guru-gurunya merendah diri dan amat jarang menyebut silat cekak melainkan kepada penuntut yang bertanya sahaja.

Advertisements

5 responses to “SILAT CEKAK

  1. Assalamualaikum, boleh bertanya, di mana lagi gelanggang masih diadakan? saya biasa tinggal di kemaman tapi kampung saya di Pekan.

  2. mcm mana plak ngan silat cekak y ada kt malaysia skang..ad silat cekak hanafi, slt cekak malaysia..

  3. salam sdr azrul … silat ni tiada kaitannya dgn silat2 yg sdr sebut tu. ‘Cekak’ adalah satu perkataan umum yg menunjukkan sifat atau perbuatan milik orang melayu, jadi penggunaan nama cekak hanya secara kebetulan.

  4. Assalamualaikum..adakah di pahang kedapatan silat namanya silat spado..jika ada, bolehkah terangkan sedikit ssebanyak maklumat silat ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s