Mahmud

Adakah mammoth mengambil nama gajah yang terkesah dalam surah Al Fiil sebagaimana yang akan saya catatkan disini.Kisah ini saya ambil dari kitab tafsir Nur Ihsan karangan Al Ustaz Said ibnu Omar untuk sekadar maklumat kepada yang belum mengetahui.

Kisahnya.

Adalah Ashamah raja Habshah nenek raja An Najashi yang beriman dengan Rasullullah memerintahkan pembesarnya yang bernama Abrahah pemerintah Yaman mendapati orang ramai berduyun-duyun setiap musim haji pergi ke Mekah.Maka timbul hasad lalu dibina sebuah gereja dari batu putih,hitam,merah kuning dan ditatah akannya dengan emas dan perak dan permata yang diambil dari mahligai Balqis dan didirikan dalamnya beberapa banyak asnam drp emas perak dan diperbuat mimbar drp gading dan nampak dari eden kerana tingginya.Gereja ini dinakan Qalis dan segera ia memerintahkan orang ramai mengerjakan haji disitu.

Setelah itu segera dia mengutus kepada Raja Habshi bahawa telah dia bina untuk baginda sebuah sebuah gereja di San’a yang tidak pernah terbina sebelumnya dan tidak dia akan berhenti sehingga orang-orang Arab berpaling ke San’n untuk mengerjakan haji.

Maka berita itu terdengar oleh Malik bin Kananah seorang arab, lalu suatu malam ia masuk kedalam gereja itu berak dan melumur kiblatnya dengan tahi. Apabila diketahui oleh Abrahah akan kejadian itu maka berapi-rapi kemarahannya lalu bersumpah mahu meruntuhkan kaabah. Mengutus ia kepada raja Najash memberi khabar dan memohon hantar gajahnya yang besar sekali  yang bernama mahmud .Maka keluar berjalanlah Abrahah bersama 60 ribu tentera berserta 13 ekor gajah.

Maka terdengar oleh raja2 arab dan membesarkan pekerjaan meruntuhkan kaabah dan masing2 merasa wajib perang mempertahankannya. Keluarlah seorang raja dari Yaman bernama Zunafar memerangi Abrahah lalu kalah dan ditawan. Berjalan lagi Abrahah sampai negeri Khos’am lalu ditawan rajanya bernama Nufil bin Habib dan dijadikan penunjuk jalan ke Mekah.Berjalan Abrahah sampai di Taif maka datang kepadanya Masood bin Mughis berkata ia Ya tuan raja kami sekelian hamba tuan tiada bersalahan dgn kami apa kehendak tuan lalu ditunjukkan seorang bernama Abral. Maka diperintah seorang panglimanya merampas unta kambing dan hamba. Kemudian dia mengutus Khanatah Al Khamiri memberi khabar kepada Abdul Muttalib penjaga Kaabah bahawa kedatangannya bukan untuk berperang tapi cuma untuk meruntuhkan kaabah. Jawab Abu Muttalib tiada kuasa kami berperang mempertahankan Baitullah Alharam dan Baitul Ibrahim Alaihisalam. Maka keluarlah Abu Mutalaib bersama pengiringnya hendak berjumpa Abrahah.

Pertengahan jalan Abu Mutalib berjumpa Zunafar yang kena tawan Abrahah maka berkata Zunafar saya ini kena tawan tiada aman drp bunuh tetapi saya berpesan kepada Anis sais gajah sahabat saya beri pertolongan pada Abrahah maka panggil Zunafar kepada Anis berkhabar hal Abu Mutalib maka masuk Anis kepada Abrahah berkata Ya tuan raja ini penghulu Kurais dan raja Makah yang beri jamuan manusia dan binatang minta izin ia datang taat tiada menyalahi dan tiada perang. Maka adalah Abu Muttalib lelaki yang hebat maka izin baginya maka tahkala lihat akan dia Abrahah takzim akandia dan mulia akan dia tiada beri duduk dibawah kerusi dan benci akan dia lihat pembesarnya duduk atas kerusi samanya maka turun duduk dibawah bersama Abu Mutalib kemudian kata Abrahah melalui juru bahasanya ‘engkau tanya dia apa hajatnya maka kata Abu Mutalib ‘ hajat supaya beri balik 200 unta yang dirampas. Maka kata Abrahah ‘engkau mengaibkan akan aku ketika aku lihat engkau maka sekarang aku putus akan engkau maka kata Abu Mutalib sebab apa maka kata Abrahah aku datang hendak runtuh kaabah rumah agama kamu tapi engkau tidak berkata tentangnya sebaliknya tentang unta maka kata Abu Mutalib saya tuan unta dan baitul itu ada tuannya yang akan menghalang tuan meruntuhnya.Maka diperintah pulang unta2 tersebut dan ia balik ke Mekah memerintah penduduk Mekah berundur keluar kebukit-bukit berhampiran. Maka takala pagi2 lagi Abrahah ditempat bernama Margmas bersiap sedia hendak masuk Mekah dengan tenteranya dan gajahnya 12 ekor yang besar sekali nama Mahmud maka datang Naufil kepada gajah itu katanya ‘duduk Mahmud jangan bangkit engkau balik dengan baik engkau di tanah Al haram. Maka duduk Mahmud itu tiada mahu bangkit dengan beberapa dikosa pada kepalanya dan perutnya dan lambungnya jika dihadap pada Baitullah dan jika dihadap pada sebelah Yaman dan Syam dan Irak bangkit ia maka dalam demikian itu disurah Allah akan burung daripada sebelah laut melontar merekaitu dengan anak batu daripada neraka  besar sedikit drp kacang adas tersurat nama masing2 kena tembus tudung besi atas kepala orang dan kuda sampai kebumi maka mati sekelian manusia dan gajah jatuh rebah tersungkur diserata jalan melainkan gajah mahmud itu tiada kena dan raja Abrahah jadi pecah2 badannya dan luruh anak2 jarinya seruas2 dan luruh sendi tangan dan kaki keluar danur dan nanah dan darah tiada mati hingga pecah hancur hatinya dan dihantar balik ke Habshah dan siap memaklumkan hal itu kepada rajanya .

Orang-orang dulu

Gambar ini adalah semasa pembukaan gelanggang silat di kg Bukit daerah kuala Lipis pada tahun 1953.Guru silat adalah pendekar Ibrahim yang berasal dari kg Tg Besar.

Bulatan Pawang Nong

Ketika menyusuri Bandar Inderapura di Jerantut kita pasti bertemu Bulatan Pawang Nong, nama seorang tokoh negeri Pahang yang diabadikan oleh penguasa tempatan. Sebelum ini Jabatan Pelajaran Daerah telah menamakan SK Ulu Cheka sebagai SK Pawang Nong. Tahniah dan terima kasih kepada penghargaan PPD Jerantut terhadap ketokohan Aki Pawang Nong.Namun kepada pihak Majlis Daerah Jerantut penulis juga ucapkan penghargaan walaupun dalam hati berbelah bagi,  terharu apabila ada usaha memperingati tokoh-tokoh yang telah banyak jasanya kepada negeri ini.

Pendekar Alam

Cerita ini adalah satu cerita rakyat yang hampir dilupus dek terlalu banyak cerita yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ini.Diceritakan oleh orang dahulu bahawa di suatu kampung ada satu keluarga yang terdiri dari dua beradik lelaki tinggal bersama kedua ibubapanya. Setelah kedua beradik menjelang remaja maka mulalah mereka belajar silat dari sang bapa. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan begitulah seterusnya sehingga keduanya menjelang dewasa.Pantas dan cekaplah kedua-dua berpencak hasil asuhan bapanya.

Sampai masanya sang abang telah bermohon restu dari bapa dan ibu untuk berkelana mencari guru yang lebih hebat buat memenuhi ilmu kedada.Mendengar sang bapa merestui maka sang adik pun ingin juga turut serta berkelana sambil berguru menumpang cita-cita sang abang yang ingin menjadi pendekar terhebat. Tapi si ibu keberatan yang amat untuk melepaskan putera mudanya tambah lagi tentu kesunyian apabila kedua-dua tiada.

Maka kecewalah sang adik melihat sang abang melangkah pergi lalu menanam tekat untuk berlatih sendirian untuk mengubat kekecewaan hati. Setelah ditinggal sang abang segala kerja ditanggung oleh sang adik termasuklah menjaga kerbau. Sambil menjaga kerbau milik keluarganya dia pun terlintas dikepala untuk berlatih kekuatan lalu mulalah diangkatnya seekor anak kerbau jantan setiap hari. Menambahkan lagi latihannya dia mengambil buluh yang berlubang lalu disarungkan ke ekor ibu kerbau. Kemana bergerak ekor kerbau dia melompat mengikut arahnya dan menyarungkan ekor tersebut dengan buluh.Sang adik juga ada menanam anak labu di tepi halaman rumah dan disitu dia melompat setiap pagi melepasi pokok labu itu menjalar.

Begitulah amalan yang dilakukan oleh sang adik setiap hari sehingga musim beredar berganti tahun. Tiba harinya kembalilah sang abang dari perantauan dengan girangnya untuk bertemu keluarga tambahan pula sudah menjadi pendekar terbilang. Setelah melepaskan rindu maka sang adik pun mula bertanya tentang perguruan sang abang diperantauan. Maka berceritalah sang abang akan kehebatan ilmu yang dituntutnya sehingga menjadi pendekar terbilang.

Setelah sang abang bercerita, sang adik pun memohon untuk beradu kekuatan dengan sang abang. Diajak sang abang beradu melompat pokok labu yang menjalar sejauh dua belas depa dipinggir halaman rumah. Terkejut sang abang melihat kekuatan sang adik melompat. Kemudian diajak pula si adik supaya sang abang mengangkat kerbau jantan yang dijaganya.Maka sekali lagi sang abang gagal dan terkejut melihat adiknya menatang kerbau tersebut.

Akhir sekali sang abang pula yang mencabar si adik untuk bertarung bertikam keris. Sang adik pun menyambut cabaran untuk berpencak keris,dengan menggunakan sarung keris dia menyarungkan mata keris si abang setiap kali menikam. Setiap tikaman si abang disarungkan sehingga hairanlah dia melihat kepantasan adiknya. Demikianlah hasil latihan yang dijalani oleh sang adik sehingga kemudian harinya termashorlah sang adik dengan gelaran Pendekar Alam kerana dia memperolehi kepandaian hasil berguru dengan alam iaitu pokok labu , buluh dan kerbau.

Silat Gerak Lapan

Salah satu daripada beratus atau mungkin lebih silat-silat di negeri Pahang yang hampir lenyap adalah silat gerak lapan. Silat ini adalah terletak pada langkahnya sebagai pengenalan dan bukan dikenali pada namanya. Tapi pada hari ini agak sukar untuk mengenali silat secara begitu lalu saya namakan silat langkah lapan.

Nama langkah lapan saya gunakan kerana saya teringat akan cerita guru saya bahawa semasa beliau bertelaah dengan seorang guru yang juga rakan seperguruan gurunya  tentang nama silat ini, guru tersebut telah membuat tafsiran terhadap gerak dan tapak langkah silat ini lalu beliau menamakan dengan nama silat tersebut .

Gerak silat ini juga ada terserap kedalam gerak silat seni Melayu Pahang kerana guru-guru dahulu berguru kepada ramai pendekar sebelum dirinya bergelar pendekar maka itulah dalam silat seni melayu pahang terhimpun serba sedikit silat-silat lama di Pahang.

Ada pun Silat Gerak Lapan adalah dibawa ke Lipis oleh seorang pendekar yang merantau semasa mudanya ke Endau disekitar tahun 1900 dan telah menuntut dari seorang guru silat disitu bernama Awang Tareh dan Guru Awang Tareh adalah Awang Mat Zain.

Adab sembah silat

Sebelum mempersembahkan permainan silat biasanya pesilat akan melakukan adab sembah samaada secara solo atau berpasang. Bagi silat melayu pahang adab ini menjadi kewajipan mempelajarinya dan menjadi pembuka dan penutup permainan.
Ada beberapa bentuk yang diajarkan oleh guru yang mana pesilat perlu mengikut gaya dan langkah tersebut. Adab sembahlah sebenarnya menjadi lambang keutuhan silat melayu dan jika benar sebagaimana yang dikata ‘ melayu itu ada rajanya’. Kerana itulah dalam melakukan sembah silat perlu sekali dijaga adab sopan sebagaimana yang telah digariskan untuk menghormati rajanya , pembesarnya , gurunya dan semua yang ada samaada kawan atau pun lawan.Itulah gerak silat melayu yang penuh bijaksana ,hormat dengan waspada umpama tidur dalam jaga.

Lela sembah

Setiap persilatan Melayu biasanya mempunyai pembuka langkah yang dipanggil lela sembah atau salam perguruan atau sebagainya. Ganjil jika sesuatu persilatan Melayu tiada pembuka langkah sembah lebih-lebih persilatan tersebut mengakui silatnya benar-benar silat melayu yang berasal pula dari istana kesultanan Melayu.

Lela sembah adalah gerak langkah yang mempunyai cerita dan rahsia yang hanya dipelajari dan diketahui oleh ahli persilatan berkenaan walaupun pergerakkannya hampir serupa dengan langkah sembah persilatan lain. Pelbagai rahsia yang tersimpan dalam setiap gerak tari setiap langkah sembah sesuatu persilatan yang dapat dihuraikan. Hayatilah lela dan langkah sembah setiap persilatan kerana disitulah adanya rahsia persilatan itu.